Sunday, 12 August 2018

'Self-Challenge' To Move Forward Positively

Baru -baru ini telah diberikan peluang untuk berada dalam satu sesi untuk bersama Encik Azman, CEO daripada Razak School Of Government. Dalam perkongsian beliau, beliau telah mengatakan bahawa untuk maju ke hadapan, kita harus terus mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang tidak kita duga. 

Sebagai contoh, beliau sendiri tidak pernah membayangkan diri beliau untuk berada dalam posisi yang sekarang ini. Beliau berkhidmat dengan ikhlas dengan cuba sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Apabila ditanya mengenai kebolehan beliau untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik, beliau mengaku bahawa semua itu adalah kerana usaha. Beliau tidak dilahirkan untuk menjadi seorang ketua (born to be a leader) tetapi beliau berusaha. 

Beliau praktis berbahasa ketika memandu kenderaan, bercakap seorang diri, membaca dalam bahasa inggeris. Tetapi usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan, secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sentiasa buat sesuatu di LUAR COMFORT ZONE. Beliau juga banyak belajar benda yang diluar bidang bidang. Bukan bermaksud untuk menganggu tugasan orang lain tetapi untuk mendapatkan ilmu mencuba sesuatu yang baharu dan lain daripada yang lain. Walaupun tidak menjadi MASTER tetapi cukup sekadar tahu untuk memudahkan perbincangan.



Balik daripada lawatan tersebut, teringat semula mempunyai blog yang telah lama ditinggalkan dek kerana kesibukan masa dan bebanan tugas. Insyaallah akan diteruskan semula kerana dengan menulis, dapat mencabar diri sendiri untuk mengingati semula apakah pelajaran yang telah diperolehi untuk dikongsi bersama.


P/s :- Boleh buat  lawatan beramai-ramai ke Ladang Lebah Kelulut Desa Lestari Ulu Legong.

No comments:

Post a Comment